Thursday, September 4, 2014

LI fasiliti.

assalamualaikum :)

pejam celik pejam celik dah khamis. mungkin sebab faktor isnin cuti so bila nak sampai ke hari jumaat tuu cepattt je rasanye. hehe

naja cakap dia tak suka bergambar dengan aku sebab dia nampak macam gergasi. HAHA! 
awak tak besar pun naja, kita ni haa yang size extra kecik! hehe


cerita tertangguh minggu lepas, student praktikal dari UiTM Dungun kos Admin Science dah habis praktikal. dalam banyak banyak student praktikal yang datang praktikal dekat fasiliti ni naja paling cepat habis praktikal. sebulan lebih je kot kalau tak salah aku. student lain kalau datang praktikal dekat 6 bulan. takpe la, yang penting da habis belajar nanti kena ingat hakak awak yang kecik kuat membebel ni sampai bila bila. haha.

thanks naja untuk menu nasi berani dan chocolate gift. terbalik pulak selalunya kalau student praktikal habis LI office yang sepatutnya meraikan, ni lain pulak. staff pulak yang dapat makan besar dengan hadiah. pun bolehh..

nanti bila bila free datang lagi okay, tak jauh pun rumah dari sini kan. jalan kaki pun dah sampai. good luck dear! ;)

since 3 tahun aku kerja dekat sini student praktikal silih berganti, macam macam perangai. kalau yang okay, okay sangat.. tapi kalau tak.. pening kepala nak tampor tampor pun ada rasanya. haha


No comments: