Thursday, July 24, 2014

persiapan raya dan gaji pertama

assalamualaikum :)

lajuu je masa berlalu kan, hari ni dah masuk ramadhan yang ke 26. rindu nak tinggalkan ramadhan sebenarnya. moga diberi kesempatan dan peluang untuk jumpa ramadhan lagi tahun depan. insyaAllah :)

pasal persiapan raya tak banyak buat pun, mood nak raya belum datang lagi. baju raya pun orang lain yang belikan, tuan punya diri malas nak amik tahu. haha. nampak tak betapa takde moodnya nak raya.

tema baju raya tahun ni. 
dark purple + soft pink. 

payahnya lah hidup bila dikelilingi dengan orang yang sukakan warna purple ni. dah pernah bagitau dulu tak suka warna purple kan. tengok tahun ni kena pakai purple lagi. nak buat macam mana, bersyukur jela orang dah belikan kan.. tak pakai nanti kecik hati pulak. hehe.

gaji dan bonus raya dah masuk semalam. so balik kerja ni nak settle pergi bayar kereta, beli stock supplement bulanan dan bayar hutang mara. settle semua tuu baru baki dia boleh guna sikit untuk belanja raya.

semalam punya cerita pergi berbuka puasa dengan suhaila.

selfie dulu sebelum makan, itu wajibbbb.. c(;

 as usual western food jadi pilihan sebab aku memang peminat tegar spaghetti dan suhaila pulak peminat chicken chop. kami sekepala bab2 makan ni!
 
kitaorang berbuka dekat Pak Hailam Kopitiam Tesco Puncak Alam. Memang saja cari tempat berbuka dekat2 malas nak pergi jauh2 sebab nak solat senang, nak balik rumah lagiiii lah senang. hihihi

muka lepas kekenyangan. hehe ;D

Alhamdulillah kenyang dan sedap. puas hati sangat2!. suhaila beriya2 sangat nak belanja. orang baru habis belajar, nakk sangat kita merasa gaji pertama dia katanya. tqvm dear..


korea time!

Thursday, July 17, 2014

❤ satu tujuh


17 May 2014 - 17 July 2014
2 Months


rasa macam baru kenal,
padahal bertahun tahun selama ni,
depan mata je kot.. ehehe,
InsyaAllah hati yakin semua ketentuan Allah.
Alhamdulillah.. terima kasih
:)





Ikhlas dari,
Tunang awak yang sewel c(;

Wednesday, July 16, 2014

shopping ibu, hani, mak anjang dan maksu.

assalamualaikum :)

semalam cuti nuzul quran, plan nak merehatkan diri dekat rumah terbantut disebabkan melayan kakak dan adik yang sibukkk sangat minta tolong hantar pergi shopping raya. Disebabkan aku adik yang 'baik' kan.. layankan jela walaupun terpaksa.

excited terlebih budak kecik ni bila ibu dia belikan tilam baru. test letak dalam troli terus tak nak keluar. haaiihh la anak buah.. T.T


Hani Ziazara :)
time berjalan muka tu kalau tak gengster sangat tak boleh agaknya. haha!


dah puas berjalan mula la dia terlentok lentok dekat bahu. lama lama nyenyak terus. penat sangat lettew~

ibu belikan hani baju n headband.

penat sangat si kecik ni sampai time sahur dia tak bangun. selalunya time sahur dia lah yang paling kecoh jerit jerit menangis nak susu. kesian.. takpe next time shopping dengan ayah pulak ye. boleh mintak ayah beli baju raya banyak banyak. hehe


jadual jemputan buka puasa dah mula berderet deret. perut sila behave ye.. kang ketat pulak baju raya. haha!

Monday, July 14, 2014

cerita ramadhan.

assalamualaikum :)

masuk ramadhan hari ke-16. sekejaaapp je masa berlalu kan. rasa macam baru mula merasa ramadhan hari pertama. tak banyak cerita nak dikongsi sepanjang ramadhan tahun ni. ramadhan minggu pertama berbuka puasa dengan family en tunang. gambar berbuka takde sebab tak ingat langsung nak amik, cuma ingat nak makan je. hahaha. yang ade pun gambar tolong bakal umi mertua kemas rumah lepas sahur ramadhan ke-7. 'rajin' sangat bakal menantu umi ni kan.. muntah hijau! ;p


kat rumah tak pernah pun buat semua ni. maklum la adik beradik perempuan ramai. bila sorang nak buat, masing masing berebut nak buat. kan dah terkial-kial tak pandai nak pasang. en tunang amik gambar ni, motif nak membahan. hampeh! huhu

minggu ke-2 puasa ramadhan ke-13 sahabat dunia akhirat ajak buka puasa sama sama. AGAIN cik siti hamizah ni lupaaa lagi nak amik gambar dari phone fyzah. yang ada gambar dekat phone sendiri a.k.a gambar syok sendiri.

kan dah cakap gambar syok sendiri. alahaii.. 

actually plan asal fyzah nak ajak makan steamboat. tapi fikir fikir balik makan steamboat berdua memang tak syok. steamboat ni kena makan ramai ramai baru feel. at the end decide makan western food je dekat pakli kopitiam setia alam.

terima kasih sahabat dunia akhirat sudi belanja. moga dipanjangkan umur dan sentiasa dilimpahkan dengan rezeki yang barakah dear ;)

insyaAllah minggu ni turn family en tunang datang berbuka dekat rumah aku. nak masak apa takde idea lagi. tengoklah kalau rajin aku masak, kalau tak.. bazar ramadhan lah jawabnya. pemalas punya bakal menantu. hahaha.


lepas satu satu. dugaan.. 

Thursday, July 3, 2014

rezeki ramadhan

assalamualaikum.

ramadhan masuk hari ke-5. sekejap je masa berlalu. alhamdulillah tahun ni ramadhan bersama dengan orang orang tersayang. abang ipar baru, baby baru, en tunang dan yang paling penting takde dengar lagi suara volume kuat di rumah SETAKAT NI. hope so berterusan sampai akhir ramadhan.

 abg ipar baru, abang lang :)

baby baru, Hani Ziazara :)

En tunang, ehh.. family en tunang. hehe ;p

dan yang paling penting rezeki sebab dapat kenaikan pangkat kerja bulan ramadhan ni. Ya Allah syukur yang mampu terucap sekarang ni. moga aku tak lalai dengan nikmat yang diberi :)

doakan kesejahteraan ni berterusan insyaAllah, Aminn.