salam jumaat penghulu segala hari. kejap je rasa minggu ni berlalu. esok cuti ada jemputan majlis e-day kakak my ex-practical student suhaila dekat saujana utama. insyaAllah dah janji nak pergi. doakan dipermudahkan perjalanan :)
ingat lagi tak pasal entry ni.
last entry tu dah janji nak update hasilnya lepas 3 bulan kan. sebelum tuu meh layan dulu gambar gambar masa jerawat mengganas dekat muka aku dengan bahagiannya. -.-"
cantik kan berminyak minyak!
see jerawat aku dekat pipi dan dagu tuu.
muka jadi bercapuk capuk kesan jerawat T.T
gambar dalam toilet pun jadi, asal pergi toilet je lalu depan cermin stress tengok muka sendiri :(
dekat surau gaint sementara menunggu waktu asar. time ni muka tengah gatal sangat sangat sebab jerawat makin teruk.
ketulan ketulan jerawat dekat dahi dan pipi gemok!!
gambar first en tunang amik masa mula mula kenal dulu. macam mana la dia boleh jatuh cinta dengan muka aku yang bercapuk capuk jerawat time ni. haha!
Dan hasilnya lepas 6 bulan consume dalacin t, 21st century E-400 dan flavettes vitamin c.
insyaAllah akan terus consume 3 produk tu sampai majlis nanti sebab dah niat awal awal tak nak make up tebal tebal time majlis nikah nanti. hope so cik jerawat layan rayuan domba aku ni. hahaha.
okay aku dah cuba sendiri tiga produk yang aku cakap tadi dan hasilnya aku puas hati sangat sangat. so pada awak awak yang ada masalah jerawat yang sama macam aku ni nak cuba macam cara aku silakan. yang paling penting kena disiplin. jangan kejap makan kejap tak makan.
aku berkongsi bukan nak promote produk ye, sekadar berkongsi pengalaman. jangan pulak bila dah cuba tu hasilnya tak memuaskan korang kate aku menipu pulak. mungkin setiap orang hasilnya berbeza. tapi terpulang pada diri masing masing. tepuk dada tanya hati.
ok until then, selamat mencuba dan salam sayang!







No comments:
Post a Comment