Friday, September 26, 2014

jasa.

assalamualaikum :)

last entry terhenti isnin lepas. nak update blog macam takde mood sebab busy dengan macam macam benda. since student ijazah dah start masuk ni tak menang tangan dibuatnya. nak buat macam mana, sabar dan layankan jelah cari rezeki kan.

bila ada masa terluang sikit barulah dapat fokus persiapan majlis. 5 bulan tuu sekejap je. rasa macam tak menang tangan nak uruskan semua. Alhamdulillah, Allah permudahkan jalan. since boss nak uruskan majlis aku tinggal touch up mana yang kurang je.

insyaAllah 4 oktober ni dah buat oppointment dengan boss nak jumpa bincang lebih lanjut tentang majlis. hopefully semuannya berjalan dengan lancar. terima kasih banyak, Allah je yang dapat balas jasa baik boss sekeluarga ;)



mencari design dan warna yang sesuai. fikir fikir.. T.T

Monday, September 15, 2014

e-day elly.

assalamualaikum :)

esok cuti so hari ni semangat sikit nak kerja. hehe. last entry ade bagitau nak ke rumah suhaila attend jemputan majlis e-day kakak dia kan. alhamdulillah dipermudahkan perjalanan walaupun last minit terpaksa pergi sorang sorang sebab yang janji nak temankan tak dapat nak ikut atas urusan kerja. takpe memahami..:)



Elly, Miza

selesai majlis baru lah dapat bergambar dengan kakak su. sibuk memanjang si darah manis ni melayan tetamu. veil pun dah bukak time ni, takpe lah yang penting masih comel.. hehe :)) owh ye actually kami sebaya. jangan pelik dengan ketinggian tu sebab aku memang katek a.k.a pendek! hehehe


selfie time! tengah berselfie sakan dalam bilik tiba tiba mama suhaila masuk bilik nak amik barang. tersipu sipu malu i'llos. hahaha. nasib baik mama su paham orang muda kann. mama siap cakap eh pasal apa berhenti pulak. nak bergambar teruskan jela, mama okay je. tq mama memahami sangat! hehehe ;P

feeling feeling bertunang kali ke 2 la pulak. haha. pinjam hantaran kejap ye Elly..  ;)

 muka muka si darah manis. 
Tunang Kakak Su (lupa nak tanya nama) hehe, Nisha (Adik Su) dan Elly (Kakak Su)

Suhaila's Siblings. 
Untung adik beradik semua perempuan.. boleh kongsi kongsi baju, bed time story, shopping and so on. hehe. 

anyway selamat bertunang elly sayang. congratulation again.. insyaAllah ada rezeki kita jumpa time wedding u pulak tahun depan. tak sabar nak tengok u jadi wife orang. hehe :D


menghitung bulan, dup dap dup dap!

Friday, September 12, 2014

janji 3 bulan lepas.

assalamualaikum :)

salam jumaat penghulu segala hari. kejap je rasa minggu ni berlalu. esok cuti ada jemputan majlis e-day kakak my ex-practical student suhaila dekat saujana utama. insyaAllah dah janji nak pergi. doakan dipermudahkan perjalanan :)

ingat lagi tak pasal entry ni.

last entry tu dah janji nak update hasilnya lepas 3 bulan kan. sebelum tuu meh layan dulu gambar gambar masa jerawat mengganas dekat muka aku dengan bahagiannya. -.-"

 cantik kan berminyak minyak! 

see jerawat aku dekat pipi dan dagu tuu.

muka jadi bercapuk capuk kesan jerawat T.T

 gambar dalam toilet pun jadi, asal pergi toilet je lalu depan cermin stress tengok muka sendiri :(

dekat surau gaint sementara menunggu waktu asar. time ni muka tengah gatal sangat sangat sebab jerawat makin teruk. 

 ketulan ketulan jerawat dekat dahi dan pipi gemok!!

gambar first en tunang amik masa mula mula kenal dulu. macam mana la dia boleh jatuh cinta dengan muka aku yang bercapuk capuk jerawat time ni. haha!



Dan hasilnya lepas 6 bulan consume dalacin t, 21st century E-400 dan flavettes vitamin c.

muka semalam tanpa bedak, foundation etc etc.. takde edit, takde camera 360 and so on. pakai kamera handphone cikai je yee. walaupun tak glowing2 macam kulit retiss tuu ni pun dah cukup syukur alhamdulillah.. :)


insyaAllah akan terus consume 3 produk tu sampai majlis nanti sebab dah niat awal awal tak nak make up tebal tebal time majlis nikah nanti. hope so cik jerawat layan rayuan domba aku ni. hahaha.

okay aku dah cuba sendiri tiga produk yang aku cakap tadi dan hasilnya aku  puas hati sangat sangat. so pada awak awak yang ada masalah jerawat yang sama macam aku ni nak cuba macam cara aku silakan. yang paling penting kena disiplin. jangan kejap makan kejap tak makan.

aku berkongsi bukan nak promote produk ye, sekadar berkongsi pengalaman. jangan pulak bila dah cuba tu hasilnya tak memuaskan korang kate aku menipu pulak.  mungkin setiap orang hasilnya berbeza. tapi terpulang pada diri masing masing. tepuk dada tanya hati.



ok until then, selamat mencuba dan salam sayang! 


Tuesday, September 9, 2014

renew lesen.

assalamualaikum :)

last entry ada cerita pasal birthday celebration kan, seronok sangat sambut birthday sampai lupa yang lesen dah expired. padahal tarikh expired tiap tiap tahun sama dengan birthday sendiri kott. haaiih.. ape aje lah yang di ingatnya siti hamizah ni -.-"

so nak tak nak semalam kena memberanikan diri pergi kerja dengan lesen expired. doa banyak banyak tak ada roadblock sebab setiap kali ade roadblock mesti abang abang polis mintak berhenti tepi tunjuk lesen. macam ni lah nasib orang kurang inci. dorang ingat budak kecik bawak kereta agaknya. adoiyaii..

disebabkan last month renew roadtax dan insurance kereta guna myeg aku puas hati dengan service yang dorang bagi, so mencuba nasib lagi nak renew lesen pulak guna myeg.

service myeg memang pantas, pagi mohon petang dorang dah hantar. tapi nak dijadikan cerita budak delivery myeg call petang semalam nak hantar lesen dalam pukul 6:15 macam tu. dah memang sah sah la aku dah ade dekat rumah. actually alamat penghantaran tu aku letak alamat office biar senang dorang cari owner punya barang. kang kalau letak alamat rumah, bagi salam tak orang pulak kan dekat rumah.

terpaksa deal dengan abang tu mintak dia datang balik esok. nasib baik dia paham.sory sebab menyusahkan. hehe..


Pukul 9 pagi abang myeg tu dah sampai office. yeaahh lesen baru dah sampai, alhamdulillah lepas ni pergi balik kerja tak payah takut takut lagi :))

plan nak renew terus 3 tahun, tengok budget tak berapa nak kesampaian sebab tengah jimat jimat kumpul duit kahwin. so renew setahun je dulu. next year baru renew 3 tahun. niat jahat dah awal awal nak suruh suami bayar. hahahaha!  :D


terima kasih abang myeg, ehh.. terima kasih myeg c(;

turn 52 eh.. 25 :)

assalamualaikum :)

Dah 25 tahun macam tak percaya je sebab tumbesaran badan tak seiring dengan usia. hehe

tahun ni sambut birthday ada geng, sebab birthday bakal adik ipar selang 4 hari je dari birthday aku. lucky sebab bakal adik ipar je yang kena mandi tepung dan telur. aku tak kena. selamat! HAHA!

selesa minggu lepas balik dari kerja siap siap terus mandi dan packing baju gerak pergi tanjong karang sebab bakal umie mertua jemput datang rumah nak sambut birthday bakal adik ipar kononnya. padahal nak buat kejutan advance birthday aku dan amin (bakal adik ipar). okay umie memang comel sebab pandai buat kejutan. terima kasih :)

habis majlis malam tu stay tidur tanjong karang esoknya pukul 6:30 pagi dah gerak keluar rumah pergi kerja lalu highway latar. ingatkan jauh sangat tanjong karang ke puncak alam rupa rupanya setengah jam dah sampai. kalau tahu dekat pukul 7 pagi baru gerak keluar rumah. tak puas tido okay -.-'

 Muhamad Nur Aminuddin Amran (bakal adik ipar) with kakak ipar yang comel. ehh? c(;

bak kata umie kalau dah berjumpa 2 orang ni tak menyakat mengenakan sesama sendiri tak sah! haha

Okay tutup cerita pasal advance birthday, mari ke actual day on my birthday. 7 september 2014 semalam punya cerita. tempat paling dekat dengan rumah la perginya kalau dah malas sangat nak gerak jauh jauh. hehe..


sampai setia city dalam pukul 11 pagi macam tu. terus naik atas beli tiket wayang. plan nak tengok cerita transfomers last last tak jadi sebab tiket cuma ada malam. memang tak la nak tengok wayang malam kan, sebab malam tuu waktu untuk berehat ye. pilih punya pilih decide tengok cerita melayu jelah. okay lah tak boring sangat.

habis tengok wayang sebelum balik jalan jalan dekat taman luar setia city.  

tak ready lagi dah amik gambar. dengki! T.T

Okay dah ready, cuba bukak mata besar besar pun tak boleh silau + panas sangat hokey!

 setia city convention center hot sangat sampai tak boleh bukak mata. -.-

lepas tuu pergi bagi ikan makan! :D

setiap kali datang sini wajib nak menyinggah taman permainan. bukan boleh main pun tapi nak jugak singgah. layan jelah perangai kanak kanak ribena ni. hehe

puas dah main dekat taman jom kita gerak pergi gaint setia alam. plan pergi sini nak makan spaghetti je sebenarnya dekat Pak Li Kopitiam. 

 favourite food ever!!

orang yang rapat dengan aku confirm tau aku memang peminat tegar spaghetti. terima kasih sangat sangat sebab sudi belanja spaghetti rasa nak nangis pun ada dapat makan favourite food. sedap sangat sangat sangat!! ;D 

chocolate moist cake

habis makan, pergi solat then masuk gaint kejap beli kek dan ais krim. sampai rumah dalam pukul 5:30 petang macam tu. meh potong kek dekat rumah. dapat favourite cake since dari zaman belajar lagi. tapi moist cake ni tak sedap sangat macam dekat gaint nilai negeri sembilan. zaman belajar dulu rajin la selalu pergi gaint beli kek ni.

syukur masih diberi peluang dengan berkat umur yang panjang. moga aku diberi kesihatan dan kekuatan untuk berbakti untuk orang tua ku. insyaAllah.. amin :)


terima kasih untuk ucapan dan doanya semua.. amin amin! :))