Tuesday, May 24, 2016

cermin.

assalamualaikum :)

cerita khamis minggu lepas. terperam sebab sibuk dengan event sana sini + minggu pendafataran pelajar diploma.

Khamis minggu lepas boss mintak pergi attend bengkel dekat Perpustakaan Tun Abdul Razak untuk Bengkel E-Work. Disebabkan ramai kawan kawan sepejabat yang terlibat sama dengan dengan Bengkel tu so tumpang kereta officemate jelah. malas nak drive kereta sendiri. kereta park tinggal dekat office.

Balik dari bengkel petang tu tengok cermin tingkap kereta bahagian belakang belah kiri dah pecah. Lepas tanya dekat kontraktor zon dorang maklum yang kontraktor dorang ada mesin rumput dekat kawasan  tu pagi hari kejadian. Haiihh sabar jelah.




tempat biasa hari hari parking. selalu dorang potong rumput tak pernah kena pun. ni kes terlebih rajin sangat rumput pendek nak potong jugak takut claim kena cut punya pasal. dah tak pasal pasal rumput takde batu yang melayang kena cermin. -.-"

 buat polis report nak tuntut ganti rugi siap siap.

call proton service tanya harga ganti cermin berapa, memang dapat murah tapi kena tunggu oder cermin 2 minggu baru dapat ganti. lama sangat 2 minggu tu, dah la aku bergantung dengan kereta ni satu satunya nak ulang alik pergi kerja hari hari. nak tak nak kena hantar bengkel jugak sebab bahaya ulang alik dengan keadaan cermin kereta macam tu. sebab ade tinted je cermin tu dah retak seribu tapi masih elok terletak dekat pintu tu. kalau takde tinted mau berterabur kaca berderai dalam kereta gamaknya. tawakal jelah petang tu balik kerja jangan hujan sebab kalau hujan confirm cermin tu jatuh berderai.

next day jumaat balik kerja petang terus pergi bengkel. dah call siap siap oder cermin tinggal pasang je.





 ganti cermin tu tak lama pun. lebih kurang setengah jam je. tapi tang bayar tu punya lah lajuu je duit keluar.


harga dekat atas tak termasuk tinted ye. kalau tambah tinted paham paham jelah mau dekat RM300. nasib baik boleh claim balik. dugaan dugaan.. 





heavy rain.

assalamualaikum :)


hujan lebat on the way pergi kerja pagi tadi. letih berulang alik jauh (tajong karang - puncak alam) setiap hari. tapi demi anak sabar jelah wahai hati. in shaa Allah satu hari nanti pasti ada jalan penyelesaiannya.


mate panda o.O

Friday, May 13, 2016

weekend kenduri.

assalamualaikum :)

cerita dah basi. last 2 weeks dapat jemputan kenduri kahwin kawan office. kebetulan tempat majlis Dewan Dato' Hormat Tanjong Karang dekat dengan rumah mertua. so ajak suami pergi sekali teman.

sampai dalam pukul 1:30ptg kalau tak silap sebab time tengah cari parking tu kebetulan tengah azan zohor berkumandang dekat radio.

dapat parking masuk jumpa kawan dan mecekik. biasalaa kenduri kahwin kan. lagipun dah siap perut awal awal dari rumah tak makan sebab nak makan nasi minyak punya pasal. bukan selalu kann.. HEHE..

Dah kenyang jom kite bergambar. haha.

Sara behave sangat. time mama makan pun die tak nangis. rupa rupanya sebab mengantok. tengah amik gambar tiba rasa macam kepala Sara makin terlentok lentok ke tepi, sian anak mama ni. huhu..

 cubaan gambar pertama. ish tudung tak betol senget benget lepas makan. haha

cubaan kali kedua. okay husband dah betolkan tudung. pandaiii... repair tudung isteri ea. mata Sara semakin layuuu..


cubaan kali ke 3 Sara dah hanyut di buai mimpi. malas nak layan mama bergambar. sabar jelah mama budak ni taw. -.-"


okay sebelum balik macam biase bergambar dengan pengantin dulu. time naik ke pelamin mata Sara celik balik. tapi bila kira 1 2 3 nak tangkap gambar dia pejam sambung tidur balik. sian anak mama ni kepenatan ye.. nah pengantin bagi kiss dekat pipi tu buat kenangan. sedap sangat tidur kan.. hehe..

Tahniah Eira & Husband. actually laki bini kerja satu tempat dengan aku. tapi aku tau nama bini dia je. nampak benor tak bermasyarakat dengan kaum adam dekat tempat keje tuu.. hahaha..

Ok bye!

Friday, April 8, 2016

renovate rumah

assalamualaikum :)

lepas bersalin hari tu aku decide berpantang dekat rumah mertua. ramai pelik dan tanya kenapa tak berpantang dekat rumah parents sendiri kan lagi selesa bila mak kita sendiri yang jaga. actually sebab utama kenapa aku tak berpantang dekat rumah sendiri rumah family dekat klang tu tengah renovate.

asal rumah tu dulu rumah arwah atok. lama sangat dah rumah tu anai-anai pun dah tak boleh di kawal. tunggu masa je rumah tu nak roboh. so nak tak nak abah kena jugak renovate rumah demi keselesaan keluarga.

rumah asal.





under construction






lepas renovate.





si kecik tu sibuk jadi model rumah atok. rumah masih kosong. perabot perabot lama semua dah dibuang sebab teruk dimakan anai-anai. insyaAllah ada rezeki lebih boleh menyumbang perabot untuk rumah abah ni. doa doakan lah ye..


tercapai jugak hajat abah nak renovate rumah. suka lah tuu senyum sampai ke telinga.. hahaha!

setahun

assalamualaikum :)

15 March 2015 - 15 March 2016
dah setahun, cepatnya masa tu berlalu.
Alhamdulillah.. Allah kurniakan amanah zuriat dalam perkahwinan kami.
Moga dengan kehadiran sara menambah erat kasih sayang kami suami isteri. Aminnn :)

 Disebabkan hari ulang tahun perkahwinan yang pertama ni jatuh pada tarikh hari lahir suami yang ke 27 tahun. Maka si isteri dengan baik hatinya nak belanja buah hati tersayang ni makan sampai gemok. HAHA!


 masing masing lawan pipi siapa paling gemok lepas kahwin. dan pemenang dah tentulah aku. hahaha! 

sara jadi peneman setia mama dan ayah dinner. 
sekarang ke mana mana dah bertiga. baik sangat anak mama time ni, makanan sampai je dia terus tidur. senang sikit mama dan ayah nak makan. good girl tau anak mama ni. hehe

ni je yang mampu belanja. tu pun masing masing tak habis makan. kek tu tak beusik langsung sebab dua dua dah kenyang. tapau bawak balik lah jawabnya. 


tak mintak banyak, cukup sekadar kesetiaan masing masing utuh sampai akhir hayat. love u abg <3 p="">