Tuesday, May 24, 2016

cermin.

assalamualaikum :)

cerita khamis minggu lepas. terperam sebab sibuk dengan event sana sini + minggu pendafataran pelajar diploma.

Khamis minggu lepas boss mintak pergi attend bengkel dekat Perpustakaan Tun Abdul Razak untuk Bengkel E-Work. Disebabkan ramai kawan kawan sepejabat yang terlibat sama dengan dengan Bengkel tu so tumpang kereta officemate jelah. malas nak drive kereta sendiri. kereta park tinggal dekat office.

Balik dari bengkel petang tu tengok cermin tingkap kereta bahagian belakang belah kiri dah pecah. Lepas tanya dekat kontraktor zon dorang maklum yang kontraktor dorang ada mesin rumput dekat kawasan  tu pagi hari kejadian. Haiihh sabar jelah.




tempat biasa hari hari parking. selalu dorang potong rumput tak pernah kena pun. ni kes terlebih rajin sangat rumput pendek nak potong jugak takut claim kena cut punya pasal. dah tak pasal pasal rumput takde batu yang melayang kena cermin. -.-"

 buat polis report nak tuntut ganti rugi siap siap.

call proton service tanya harga ganti cermin berapa, memang dapat murah tapi kena tunggu oder cermin 2 minggu baru dapat ganti. lama sangat 2 minggu tu, dah la aku bergantung dengan kereta ni satu satunya nak ulang alik pergi kerja hari hari. nak tak nak kena hantar bengkel jugak sebab bahaya ulang alik dengan keadaan cermin kereta macam tu. sebab ade tinted je cermin tu dah retak seribu tapi masih elok terletak dekat pintu tu. kalau takde tinted mau berterabur kaca berderai dalam kereta gamaknya. tawakal jelah petang tu balik kerja jangan hujan sebab kalau hujan confirm cermin tu jatuh berderai.

next day jumaat balik kerja petang terus pergi bengkel. dah call siap siap oder cermin tinggal pasang je.





 ganti cermin tu tak lama pun. lebih kurang setengah jam je. tapi tang bayar tu punya lah lajuu je duit keluar.


harga dekat atas tak termasuk tinted ye. kalau tambah tinted paham paham jelah mau dekat RM300. nasib baik boleh claim balik. dugaan dugaan.. 





No comments: