Wednesday, April 8, 2015

disebalik tabir.

assalamualaikum :)

last entry dah janji nak sambung pasal orang-orang kuat dibelakang majlis kami kan. Nahh.. entry version malas aku bagi. haha ;p


BAJU NIKAH DAN SANDING


GOODIES


KANOPI


KATERING



PELAMIN


MAKE UP



PHOTOGRAPHER


Syukur 1 day before majlis aku masih lagi boleh datang kerja dengan senang hati sebab semuannya dah di siapkan sepenuhnya atas bantuan mereka-mereka. tinggal hulur fuluss je. hahaha. a big thanks. really recommended. sangat-sangat puas hati! :D
 
entry entry bergambar hasil kerja mereka akan menyusul kemudian. nak susun balik gambar satu satu. hehe ;P


work hard in silence, let success be your noise - Frank Ocean

Monday, April 6, 2015

preview wed.

assalamualaikum :)

Alhamdulillah selesai sudah majlis kedua-dua belah pihak. Dengan sekali lafaz kami sah bergelar suami isteri. Syukur Allah dengar doa kami segala urusan dipermudahkan (^^,)

selesai akad nikah

majlis bertandang belah lelaki
*pengantin belakang tu abang ipar sekali majlis dengan kami, jimat! :p

Family belah perempuan, Kg Sementa.

Family belah lelaki, Kg Parit Serong Tanjong Karang.

My best frenz a.k.a pengapit tersepit. hehe
the most important person yang selalu ada dekat time aku susah senang.
Last minit baru sampai, i'llos dah nervous pengapit tak sampai sampai. hahaha :D
terima kasih banyak membantu, Sayang kau fyzah dunia akhirat ;))

Official photo tak siap lagi. semua di atas dari hp sendiri. tu yang banyak gelap dan kabur. gasakkkk.. hehe. InsyaAllah, next entry aku update detail pasal sponsor dan orang orang kuat di sebalik majlis kami. nak sumbat semua 1 entry muntah kanggg. haha c(;

Thursday, March 12, 2015

3 hari penuh cerita.

assalamualaikum :)

Pertengahan March dah nak tiba, means majlis tinggal 3 hari je lagi. aku kerja lagi sampai esok (jumaat). Member dekat office asyik tanya 'Miza tak cuti kahwin ke?'.. hari-hari nak jawab soalan yang sama. boringggg -.-"

Berkahwin tu bukan untuk sehari dua, banyakkkkk lagi masa kita boleh spend dengan pasangan lepas kahwin insyaAllah sampai akhir hayat. so kenapa perlu nak gelabah sangat tak tentu pasal amik cuti awal dan lama-lama.

Alhamdulillah setakat ni persiapan dah hampir siap sepenuhnya. Malam ni mak andam dah inform nak datang pasang pelamin. Lusa pulak orang-orang kanopi dan katering datang setup barang-barang. Hope so takde masalah saat akhir.

Majlis penuh ringkas, TAK ADA Sanding, Makan beradap, Malam berinai, Kompang, Emas untuk upacara batal air sembahyang (merepek dalam islam takde benda macam ni!) + benda-benda adat yang melebihi perkara wajib. So pada mulut-mulut yang nak mengata tak habis-habis tu please mind your own business! takde sesen pun duit kau yang aku mintak kan, so zip mulut tu elok-elok ye masa datang majlis aku nanti.

walimah dibuat secara berpada-pada. Yang dah dapat jemputan trough kad @ private message dekat fb kedatangan amat dialu-alukan. *yang dah leave group invitation, dialu-alukan jugak.


Mohon doa semua semoga majlis dipermudahkan :)




update seterusnnya entah bila, tunggu jelah kalau rajin. hehe ;p

Thursday, February 26, 2015

i'm back!

assalamualaikum :)

lamaaaa sangat rasanya blog ni terabai. sunyi sepi kejap awal tahun 2015 sebab macam macam benda berlaku luar dari kawalan.

minggu ni da start masuk kerja balik lepas 10 hari cuti. Niat asal nak kumpul cuti kahwin macam terkubur je sebab awal awal tahun lagi dah cuti sakan. tapi nak buat macam mana terpaksa cuti sebab keadaan kesihatan badan yang sangat teruk gara gara kena demam denggi. dahsyat sungguh rasanya demam denggi ni, macam nak mati pun ada. Taubat tak mau kena lagi.

Syukur Alhamdulillah, now da fully recover sepenuhnya. Cuma ramaiiiiiii sangat tegur badan susut. semalam keluar pergi lepak lepak dengan kawan baik dunia akhirat fyzah yang dah lama giler tak jumpa pun dia tegur badan nampak susut sangat.

Ok terpaksa tanam azam bersungguh sungguh gain weight balik sebab majlis tinggal bape minggu je lagi.




redha, ikhlaskan lah. kalau itu keputusannya.

Monday, January 26, 2015

both killing me.

assalamualaikum :)

entry pertama 2015, pejam celik pejam celik dah sampai minggu terakhir Januari. Alhamdulillah kesihatan semakin baik. demam dah fully recover cuma muntah muntah still non stop until now. Allah bagi nikmat sakit, syukur tanda DIA sayang kita dan nak kita selalu ingat DIA.

permulaan 2015 yang agak 'suram'. macam macam benda jadi sampai tahap volume fed up. Moga terus dipinjamkan kekuatan untuk hadap semua ni. Nak luah takut ada yang terasa, bila dipendam makan diri sendiri. haaiihh... :(

sebesar mana pun silap ibu dan ayahmu, mereka tetap layak untuk dihormati. pergaduhan dan masam muka langsung takkan membantu untuk menyelesaikan masalah. tapi kenapa aku perlu jadi mangsanya??