Pertengahan March dah nak tiba, means majlis tinggal 3 hari je lagi. aku kerja lagi sampai esok (jumaat). Member dekat office asyik tanya 'Miza tak cuti kahwin ke?'.. hari-hari nak jawab soalan yang sama. boringggg -.-"
Berkahwin tu bukan untuk sehari dua, banyakkkkk lagi masa kita boleh spend dengan pasangan lepas kahwin insyaAllah sampai akhir hayat. so kenapa perlu nak gelabah sangat tak tentu pasal amik cuti awal dan lama-lama.
Alhamdulillah setakat ni persiapan dah hampir siap sepenuhnya. Malam ni mak andam dah inform nak datang pasang pelamin. Lusa pulak orang-orang kanopi dan katering datang setup barang-barang. Hope so takde masalah saat akhir.
Majlis penuh ringkas, TAK ADA Sanding, Makan beradap, Malam berinai, Kompang, Emas untuk upacara batal air sembahyang (merepek dalam islam takde benda macam ni!) + benda-benda adat yang melebihi perkara wajib. So pada mulut-mulut yang nak mengata tak habis-habis tu please mind your own business! takde sesen pun duit kau yang aku mintak kan, so zip mulut tu elok-elok ye masa datang majlis aku nanti.
walimah dibuat secara berpada-pada. Yang dah dapat jemputan trough kad @ private message dekat fb kedatangan amat dialu-alukan. *yang dah leave group invitation, dialu-alukan jugak.
Mohon doa semua semoga majlis dipermudahkan :)
update seterusnnya entah bila, tunggu jelah kalau rajin. hehe ;p

No comments:
Post a Comment