Tuesday, December 30, 2014

penutup 2014.

assalamualaikum :)

cerita penutup 2014. ingat lagi janji entry lepas pasal majlis tunang bakal kakak ipar tu? baru ada masa nak update. bukan faktor kesibukan ye tapi faktor kemalasan melampau. haha.

gambar dekat handphone sendiri tak banyak sebab sibuk jadi chef dekat dapur. bakal umi mertua bagi task suruh masak nasi minyak, pagi pagi lepas solat subuh aku dah start sibuk dekat dapur. masak nasi minyak 2 periuk besar + 1 periuk kecik + ayam masak kurma + daging kari + acar rampai mentah. Alhamdulillah... cukup untuk semua tetamu belah lelaki + sedara mara belah perempuan yang datang.

seminggu sebelum majlis tu dah risau masak tak cukup sebab tak ada pengalaman masak dalam kuantiti yang banyak. main agak agak je ni + bantuan google untuk memudahkan kerja. dunia sekarang semua di hujung jari katakannn.. hehe.

bakal umi mertua duduk sebelah time ni perhati je aku potong bawang. macam warden sangat tau. nasib la tak nervous. hahaha.. :D

bersilat dekat dapur sampai pukul 12:30tengah hari selesai semua sekali. Alhamdulillah lega sangat sangat tengok semua yang di masak menjadi then terus pergi mandi, solat zohor dan berehat sementara menunggu belah lelaki yang sampai lepas zohor katanye.

muka baru bangun tidur, letih sangat lepas solat zohor tu terus tertidur. terjaga sebab en tunang kejut bagitau belah lelaki dah nak sampai. keluar bilik nampak baby comel terus amik sebab rindu dekat anak buah sendiri yang dah 2 minggu tak jumpa balik kampung ayah dia.

belah lelaki sampai dalam pukul 2:30 petang, dah bincang, makan dan selesai majlis dalam pukul 4:30 petang macam tu.

bersama kesayangan hati bakal umi mertua dan nenek
 
time ni rombongan belah lelaki semua dah balik. umi mertua ajak bergambar sebelum bersilat nak berkemas rumah dan basuh pinggan mangkuk pulak.

last but not least, tetamu semua puji masakan sedap masing masing amik plastik tapau bawak balik. bila tanya siapa yang masak bakal umi mertua tunjuk aku semua tak percaya maklum la orang tak cukup inci ni mana orang nak percaya kanak kanak ribena masak kan... hehe

okay habis cerita dah, nak cerita lain tunggu next entry laa..


4 hari je lagi, kejap je masa berlalu!

Thursday, December 18, 2014

wed + kad

assalamualaikum :)

ingat lagi last entry pasal tunggu draft kad kahwin tu? at the end bukan hari jumaat ye kedai tu email sebaliknya hari sabtu. patutlah refresh email berkali-kali pun takkkk jugak masuk. cettt sabar jelah -.-"

see tengok tarikh tu, memang sah hantar hari sabtu bukan jumaat! ada sikit-sikit nak kena edit balik. insyaAllah penghujung bulan ni siap.

ok tutup cerita pasal kad kahwin, jump cerita kenduri hari sabtu lepas. Alhamdulillah selesai ijab kabul. dah jadi isteri orang buat perangai elok elok sikit ye nadia. hehe =p

gambar pengantin berdua masa majlis dalam kamera tak transfer lagi. yang ada gambar ni je. boleh laa just nak tunjuk muka pengantin baru. hihi

majlis hari sabtu. bakal umi mertua dengan pengantin. 

bakal umi mertua ajak bergambar dekat photo booth. i segan okay, tapi dan dia beriye iye nak bergambar sama layankan jelah. hehe :)

nenek, saya, bakal umi mertua dan adik-adik flower boy. ehhhh... c(;

insyaAllah minggu ni akan ke tanjong karang lagi sebab bakal kakak ipar nak tunang. umi dah siap pesan awal-awal mintak tolong masakkan nasi minyak. nasib baik pandai masak nasi minyak, kalau tak.. agak agak nak jawab apa time dia mintak tolong tu. hahahaha..

next entry update pasal majlis tunang bakal kakak ipar ye, tunggu.. 


yang lepas tu lepas la. tak guna nak masam muka lama-lama.


Friday, December 12, 2014

waiting.

assalamualaikum :)


salam jumaat Disember masuk minggu ke 2, hujung hujung tahun macam ni office dah semakin kosong sebab ramai yang bercuti menghabiskan baki cuti tahunan.

memandangkan office agak lenggang hari ni sempat lah nak update blog sikit. kedai yang siapkan kad kahwin untuk majlis nanti janji nak email draft card hari ni. tunggu punya tunggu dari tadi refresh mail box berkali-kali takk jugak ada. sabar jelah -.-'


petang ni balik kerja nak terus gerak pergi tanjong karang ada kenduri dekat sana. baju dah siap bawak pagi tadi masuk dalam kereta siap-siap. yelah nak pergi tanjong karang dari puncak alam kan lalu highway latar paling cepat nak patah balik klang semata-mata nak amik baju memang membazir duit minyak jelah kan.

stay tanjong sampai isnin, so pagi isnin nanti awal-awal pukul6:30 pagi nak kena gerak keluar pergi kerja. doakan moga dipermudahkan urusan dan perjalanan nanti. insyaAllah :))



peluang kedua. alhamdulillah..

Monday, November 24, 2014

end of november.

assalamualaikum :)

penghujung bulan november dah tiba. update blog dah macam biskut chipsmore sekarang ni atas faktor kemalasan. hehe.

nak cerita macam macam, tapi kemalasan nak menaip. so layankan gambar je lah ye.


sabtu 15 November 2014 balik johor kenduri tahlil arwah embah en tunang. tak sempat nak tengok masa arwah dikebumikan sebab kami sampai pun dah petang. lepas asar keluar kejap ziarah kubur arwah then kami bermalam dekat rumah embah. pagi ahad lepas sarapan siap siap nak gerak balik sebab mak cik en tunang ajak singgah nilai 3. lewat gerak kang pukul berapa pulak nak sampai klang kan.


pagi ahad sebelum gerak balik sempat lagi kan.. muka aku dah macam apa sebab tidur lewat malam tahlil tu. mata sembab macam panda okayyy. -.-"

last day punch out.

21 November 2014 majlis persaraan staff fasiliti Puan Ruthaziah berserta ulangtahun kelahiran dia yang ke 60. moga Allah panjangkan usia Puan Ruth. Selamat menikmati waktu rehat bersama keluarga dan cucu cucu tersayang :))


22 November 2014 pergi hantar kakak kemas kelas since dah start cuti sekolah so banyakkk buku lama anak murid dia yang nak kena recycle bagi laluan buku buku baru masuk. balik dari sekolah tu singgah Aeon Big melayankan ibu dan anak berjalan jalan cari barang.


 ibu beli kasut hani pun nak beli kasut jugakkk!


sukeeee sangat dapat kasut kan. sengih sengih sampai mengalir air liur tuu. hahaha.. mekasih ibu belikan kite kasut baru. hehehehe.. :P


last but not least, beberapa minggu ni busy sangat menjahit manik dekat baju nikah dan bertandang. ke sana ke mari bawak jarum, benang, manik dan gunting. nak sangat berjimat kan, gituu la caranya. hehehe

okaylah dah lunch hours, nak pergi surau solat zohor dan lelapkan mata kejap. bye! :D

Wednesday, November 5, 2014

update list.

 assalamualaikum :)

melangkah masuk bulan november. kejap je masa berlalu. blog terabai kejap sebab kesibukan kerja. macam macam hal jadi tapi malas nak cerita satu satu. anggap jelah semua yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya. 

baru sempat nak update list. update list cikai cikai je takde la beriye sangat list panjang berjela. lagi pun majlis buat sederhana. insyaAllah doa dipermudahkan segala urusan.

make up nikah + bertandang
pengapit
saksi
pelamin nikah
borang nikah
hiv test
katering
kanopi
baju nikah + bertandang
bunga telur
bunga tangan
alas duduk nikah
jurugambar
kad kahwin
kasut nikah + bertandang
doorgift
duit minyak bertandang
riben bertandang
rawatan spa
baju tema family
senarai jemputan
juru nikah
borang kebenaran berkahwin

dah tetapkan warna tema untuk kedua dua belah pihak. lega sikit. kalau tak hari hari fikir nak pakai warna apa. stress dengan diri sendiri. hahaha :P

walaupun orang terdekat sibuk mempertikaikan kenapa takde itu.. takde ini.. kesah pulak aku. yang penting aku berdikari uruskan semua sendiri bukannya tau mintak duit mak ayah je. sehabis boleh aku nak kurangkan kepenatan mak abah masa majlis nanti. so mulut mulut yang sibuk mengata tak habis habis tu baik tutup je dari dapat dosa kering mengata orang. 


on the way balik dari GM Klang minggu lepas. muka dah kepenatan sangat paham paham jela GM tu penuhhhh dengan manusia. cari goodies sampai nak patah kaki. last last tak jadi beli pun sebab tak jumpa apa yang di cari. nasib baik en tunang rajin layan tunang dia yang cerewet ni. hehe..

baju nikah + sanding dah fully siap. tapi masa pergi fitting last week, baju longgar pulak. bukan salah tukang jahit tapi salah diri sendiri sebab terlalu stress dengan kerja menimbun dekat office sampai loss weight 3 kilo. takpelah malas nak repair, aim jelah nak naikkan balik berat badan sebelum majlis nanti. 

lain lain cerita? next time lah update nak sambung buat kerja. ngee c(;