salam jumaat Disember masuk minggu ke 2, hujung hujung tahun macam ni office dah semakin kosong sebab ramai yang bercuti menghabiskan baki cuti tahunan.
memandangkan office agak lenggang hari ni sempat lah nak update blog sikit. kedai yang siapkan kad kahwin untuk majlis nanti janji nak email draft card hari ni. tunggu punya tunggu dari tadi refresh mail box berkali-kali takk jugak ada. sabar jelah -.-'
petang ni balik kerja nak terus gerak pergi tanjong karang ada kenduri dekat sana. baju dah siap bawak pagi tadi masuk dalam kereta siap-siap. yelah nak pergi tanjong karang dari puncak alam kan lalu highway latar paling cepat nak patah balik klang semata-mata nak amik baju memang membazir duit minyak jelah kan.
stay tanjong sampai isnin, so pagi isnin nanti awal-awal pukul6:30 pagi nak kena gerak keluar pergi kerja. doakan moga dipermudahkan urusan dan perjalanan nanti. insyaAllah :))
peluang kedua. alhamdulillah..

No comments:
Post a Comment