Thursday, September 4, 2014

LI fasiliti.

assalamualaikum :)

pejam celik pejam celik dah khamis. mungkin sebab faktor isnin cuti so bila nak sampai ke hari jumaat tuu cepattt je rasanye. hehe

naja cakap dia tak suka bergambar dengan aku sebab dia nampak macam gergasi. HAHA! 
awak tak besar pun naja, kita ni haa yang size extra kecik! hehe


cerita tertangguh minggu lepas, student praktikal dari UiTM Dungun kos Admin Science dah habis praktikal. dalam banyak banyak student praktikal yang datang praktikal dekat fasiliti ni naja paling cepat habis praktikal. sebulan lebih je kot kalau tak salah aku. student lain kalau datang praktikal dekat 6 bulan. takpe la, yang penting da habis belajar nanti kena ingat hakak awak yang kecik kuat membebel ni sampai bila bila. haha.

thanks naja untuk menu nasi berani dan chocolate gift. terbalik pulak selalunya kalau student praktikal habis LI office yang sepatutnya meraikan, ni lain pulak. staff pulak yang dapat makan besar dengan hadiah. pun bolehh..

nanti bila bila free datang lagi okay, tak jauh pun rumah dari sini kan. jalan kaki pun dah sampai. good luck dear! ;)

since 3 tahun aku kerja dekat sini student praktikal silih berganti, macam macam perangai. kalau yang okay, okay sangat.. tapi kalau tak.. pening kepala nak tampor tampor pun ada rasanya. haha


Wednesday, September 3, 2014

cerita kahwin kedah ke perak.

assalamualaikum :)

permulaan bulan september penuh dengan macam macam cerita. marilah kongsi yang manis manis je, yang pahit kita simpan jadikan pengajaran.ehem -.-'

last entry aku ada bagitau nak pergi kenduri kahwin ex-collegemate dekat kedah dan perak kan. perjalanan kami dipermudahkan. walaupun wedding tu jatuh masa cuti hari merdeka alhamdulillah kami tak tersekat langsung dalam jem teruk. syukur!! :)

plan asal nak gerak dari sini pukul5 petang, macam biasa la janji orang melayu last last pukul 7 baru gerak  naik kematu bontot menunggu, nasib baik on the way ke sana tak sesat langsung, kalau tak pukul berapa laa sampai agaknya. alahaii... kami sampai homestay dekat taman sri nilam kedah tepat tepat pukul 1:45pagi. time ni memang lawak sebab sampai sampai je semua takut nak turun kereta termasuk la hero 2 orang yang ktorang bawak tuu sebab homestay tuu menyeramkan dari luar. HAHA!

 loy (baju hijau), shukor, lisma, mak lisma
kalau takde dorang tak tau la aku nak ke sana dengan siapa sebab aku ni jenis takut drive jauh jauh. ade kereta sendiri pun tak guna.kesian dekat diri sendiri -.-"

 aku dan sahabat dunia akhirat, fyzah (^^,)v

 on the nak gerak dari homestay, time ni boleh senyum senyum dan selfie lagiii.. tunggu jauh sikit, siap la kau mimie.. -.-

 nak pinjam aura pengantin boleh? hehe

 kami sahabat dunia akhirat sampai bila bila, insyaAllah ;)
sakan bergambar dalam surau belakang pentas dewan sementara menunggu pengantin lelaki sampai.

 depan dewan pulak dengan manggar girls. pun bolehh..

 lama sangat menunggu habis semua prop's dekat pintu masuk tuu ktorang kerjakan.
HAHA!

wedding stone, 
kan dah kate semua benda ktorang nak usik. ;P

 again.. lalalallala~~

 ibu pengantin, pengantin dan ayah pengantin :)

tak sempat nak bergambar dengan pengantin dekat pelamin sebab pengantin lelaki sesat lambat sangat sampai. ktorang kena rush nak ke majlis dekat perak pulak. takpe la, takde rezeki kan. terima kasih atas layanan baik tuan rumah. insyaAllah ada rezeki kami ke sana cuti cuti malaysia pulak. hee

salam salam tuan rumah, terus gerak ke perak pulak. kami gerak dalam pukul 1:30tengahari macam tuu. sampai perak pukul 5 kott. tak berapa nak ingat sebab time ni aku dah melayang layang. muntah berkali kali dalam kereta. habis keluar balik lauk kenduri pengantin dekat kedah.

 maliha adiba.
pengantin yang kepenatan baru balik outdoor masih mampu lagi tersenyum. hati tengah berbunga bunga kan. hehe. nasib baik dapat jumpa. terima kasih diba sudi layan ktorang :)


bergambar sakan dulu dekat pelamin sebelum melantak makan. terima kasih banyak banyak dekat pengapit pengantin sudi jadi jurukamera kami. hehe.

konon konon sampai rumah pengantin dekat perak nak topup balik perut yang dah kosong banyak sangat muntah tadi.  last last baru gerak balik dari rumah pengantin dekat perak tak sampai 10 minit aku dah uwekk2 balik. perit tekak kott 5 kali dah muntah. lama lama tumbang terus tertidur sampai RnR tapah family lisma ajak aku turun rehat kejap tengok aku dah lembik sangat. huhu

gerak balik dari RnR tapah dalam pukul 8:45malam macam tuu, family lisma drop aku dekat sungai buloh. Alhamdulillah akhirnya sampai jugakk. menahan sakit kepala tuhan je yang tahu. sekian cerita dari kedah ke perak. nanti sambung entry lain pulak ye.


orang darah 'O' ni memang mabuk naik kenderaan ke? orang cakap, aku tak cakap. haiihhh..

Wednesday, August 27, 2014

wedding invitation.

assalamualaikum :)

minggu terakhir bulan ogos. insyaAllah, takde aral jumaat ni aku akan gerak pergi kedah dan perak dengan fyzah dan lisma attend wedding classmate.


kedah.

 perak.

2 wedding dah plan nak attend minggu ni. doakan moga perjalanan dan urusan kami pergi dan balik dipermudahkan. aminn :)



kita pilih bahagia sendiri. 

Monday, August 18, 2014

open house ex-college mate

assalamualaikum :)

last week dah janji nak update cerita open house ex-college mate kan. habis je office hours rabu last week terus gerak pergi tesco setia alam tunggu fyzah dekat sana. plan nak gerak pergi rumah fiefy dekat kajang sama sama satu kereta. so aku park kereta dekat  tesco then fyzah pick up dekat sana je.

actually dua dua tak tau jalan sebab since fiefy pindah rumah dekat kajang memang tak pernah lagi pergi melepak dekat rumah baru dia tuu, main redah je pakai waze (idea fyzah). haha

gerak dari setia alam dalam pukul6 macam tu sampai rumah fiefy tepat tepat azan magrib. kebetulan hari tu aku puasa 6, so sampai sampai je terus berbuka dekat rumah fiefy.


 
antara jemputan malam tuu.
(credit pic : fiefy)

alhamdulillah dapat jumpa balik kawan kawan kolej yang dah lama tak jumpa. rindu dengar celoteh ex-roomate. jumpa jumpa je, terusss borak tak hingatt. hehe

fiefy masak nasi hujan panas, ayam masak merah dll. alhamdulillah kenyang sangat sangat. insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi nanti.


salam ukwah :))

Wednesday, August 13, 2014

cerita raya basi.

assalamualaikum :)

raya masuk minggu ke 2. raya tahun ni nampak macam busy sikit laa sebab kena merajinkan diri ikut mak dan abah beraya ke sana ke mari rumah sedara mara. padahal raya yang sudah sudah, duduk terperap jee dekat rumah. tahun ni kena ikut sebab kakak 2 orang dah kahwin ikut keluarga masing masing. tak ikut kang.. mak abah bebel pulak. hehe c(;

RAYA PERTAMA
tak kemana pun. duduk rumah je tunggu sedara mara dan adik beradik belah abah datang rumah.


RAYA KEDUA
balik beraya dekat kampung belah mak dekat parit 10 sekinchan. konon konon nak balik awal pagi sebab nak elak jem dekat kuala selangor, last last gerak balik pukul10 pagi jugak sebab tunggu abang ipar yang lambat sampai. sabar jelah kita yang drive ni melayan jem orang lain sedap sedap tidur dalam kereta. hehhh..

sambil sambil menunggu abang ipar sampai bergambar laa dulu. 
jenuh dik non tunggu orang ni!!

 adik bongsu. mak. adik. aku (macam sama besar jee semua. haha!)

rumah kampung kan dekat dekat je.
so raya berjalan kaki je pergi rumah sedara mara mak dekat kampung tuu.
feeling raya sangat tau! hehe ;)

 ayah ibu Hani

si kecik ni paling excited beraya. raya pertama je dia dah collect RM100++. 
over tauu Hani ni. haha!

Balik hari je Kampung Sekinchan ni sebab dekat kan.. petang lepas asar kami on the way nak balik rumah klang tuu abah ajak singgah rumah en tunang dekat Sg. Gulang-gulang Tanjong Karang dan rumah Pak Cik (Abang Abah) dekat Sg. Sembilang. Kemain banyak lagi rumah ktorang raya kan..

sampai je rumah klang dalam pukul8 macam tuu ingat boleh rehat rehat. memang tak dapat laa. abah ajak raya rumah kakak dia (Mak Ngah) pulak. pak cik jalalludin ni macam takde hari esok pulak nak beraya kan. tak ikut kang kena bebel pulak.

gambar raya dekat rumah Mak Ngah. nampak tak muka masing masing dah letih.. huhu.

RAYA KE-3 dan KE-4 ktorang duduk dekat rumah je. raya kelima aku dah start kerja then sambung balik cuti hari sabtu.


RAYA KE-6
raya keenam kami satu family + abang abang ipar pergi beraya rumah adik beradik dan kawan kawan abah.

time ni raya dekat rumah kakak abah (Mak Yah) dekat rantau panjang.
kan dah kate si kecik ni paling excited bila beraya. 
dapat duit raya pegang sendiri tak nak lepas lepas. 
Hani.. Hani.. anak buah siapa la ni kan..c(;

 
rumah kawan baik abah dekat Kg. Jawa.
rumah ni memang wajib pergi tiap tiap tahun.
buaian yang aku duduk tuu dah lama giler kot.. 
dari aku darjah 2 sampai sekarang buaian tuu masih ada lagi. 
sentimental value betul. hehe

berapa hari raya off dulu sebab dah sambung masuk kerja then rabu minggu lepas (RAYA KE-10) suhaila tiba tiba call ajak datang rumah sebab mama dia buat makan makan. aku bab bab makan ni memang tak tolak. badan jee kecik tapi selera besar okayy. hehe





mama su masak udang sambal, ayam masak lemak cili padi, telur dadar, ikan masin, sayur campur dan ulam raja. ya Allah memang sedappppppp sangat2 udang sambal dan ayam masak lemak cili padi tu! tak tipu yee. next time nak try masak sendiri resepi mama su ni :)

 bergambar dulu dengan suhaila sebelum balik. 

last but not least malam semalam (RAYA KE-16) bff sekolah forever ajak beraya. even penat kerja demi bff tersayang aku kuatkan jugak badan ni.


alhamdulillah dapat jugak jumpa walaupun tak semua ada. the best part is one of our bff dah pregnant 4 bulan first baby dia lepas 6 bulan kahwin.  Ya Allah kami happy sangat dengar berita tuu. Moga baby sihat sihat selalu aween. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi weekend ni ok dearest :))

kalau perasan baju raya tahun ni memang takde beli langsung. yang colour purple dan hitam tuu baju kerja, colour peach baju tunang hari tuu pakai balik dan baju oren tuu baju dari zaman belajar kat kolej dulu. mood nak feeling feeling raya dengan baju baru tuu takde langsung! kesian dekat diri sendiri. lalallalala~~

Oklah dah panjang sangat membebel ni. kalah bebelan abah. hehe. InsyaAllah malam ni nak sambung pergi beraya rumah bff zaman kolej pulak. tunggu next entry okay.


tak nak beriya iya raya pun, banyak jugakk rumah aku dah terjah tahun ni. hehe