Tuesday, March 29, 2016

come back here.

assalamualaikum :)

last update blog bulan puasa tahun lepas hampir 10 bulan dah blog terabai sejak mengandung dan mengalami morning sickness yang sangat sangat sangat teruk.

betul la orang cakap bila kita mengandung ni mood terus swing 360 darjah. hampir semua benda yang kita suka sebelum mengandung akan jadi benda yang sangat annoying sepanjang tempoh mengandung tuu. sangat ok! haha.

after bersalin ni baru mood nak berblog tu datang balik. so jawapannya terkubur la semua niat nak abadikan kenangan sepanjang tempoh mengandung dekat blog. nak suruh ingat balik pengalaman mengandung boleh jee, tapi nak bercerita tuu yang malas. so nanti nanti lah cerita, tu pun kalau rajin lah ye. hee

disebabkan mood nak bercerita pasal mengandung malas, kita terus je jump cerita pengalaman bersalin. hoiiii bapak malas kau ni kan! c(;

 on the way pergi hospital menyerah diri. huu -.-'

ikut due sepatutnya aku bersalin 19 Januari 2016. Tapi disebabkan dah over due 41 minggu time ni nak tak nak terpaksa pergi menyerah diri dekat hospital untuk bersalin. baby tak boleh duduk lama lagi dalam perut  sebab bahaya. kalau orang tanya sakit tak nak bersalin aku tak tahu jawapan tu sebab aku tak alami langsung rase sakit nak bersalin tu.

kyusuk tengok tv time ni. 
orang lain nervous nak bersalin aku masih takda pape perasaan time ni. haha!

sampai je hospital terus buat ctg dan admit wad dulu sebab kebetulan masa aku datang tu jatuh cuti thaipusam. so doktor yang in charge masa aku check up sebelum ni off on that day. time ni admit dulu wad 3 katil sebab wad 1 katil penuh. petang dalam pukul 6:30 macam tu baru ada wad kosong. memang request nak bilik 1 katil untuk keselesaan suami teman 24hrs. senang dia boleh teman, makan, mandi, solat dan tidur dalam bilik tu je tak perlu ulang alik balik rumah. jauh kan nak ulang alik kesian pulak dekat dia.

peneman setia dekat wad selama 4 hari. rezeki sebab dapat bilik ni. 24hrs husband depan mata. senang nak mintak bantuan ape2 bila dia depan mata :)


lepas dapat bilik 1 katil, nurse datang hantar makanan dekat bilik. time ni memang melantak sampai licin pinggan sebab seriusss laparrrr. huhu.

lepas makan nurse bagi ubat induce 2x tapi malangnya rasa sakit nak bersalin tu tetap tak datang datang jugak. so continue next day pagi pagi lagi dalam pukul 6 macam tu nurse ketuk pintu bilik minta pergi ke bilik ctg. lamaaaaa sangat buat ctg pagi tu sampai terlentok2 mengantok aku di buatnya. nurse induce lagi pagi tu dengan masuk air dalam badan pulak 2x masih takda rasa sakit.

Dalam pukul 10 macam tu last last doktor datang bilik ctg dan cek bukaan cm tetap takda bukaan langsung. so doctor decide untuk operate pukul 11 pagi tu. tapi belum pun pukul 11 doktor dah arahkan pergi bilik bedah. aku dengan selambanya turun dari katil berjalan pergi bilik bedah dengan takda perasaan. eh rasa nak lempang diri sendiri perasaan takut tu tak datang datang.

masuk je bilik bedah baring atas katil nurse on lampu, tukar baju dan pasang salur kencing. time ni betul betul sejuk nak mampusss. tahan jelah memang keadaan semua bilik bedah macam tu kan. tunggu pakar bius masuk selesai bius doktor arahkan nurse panggil husband masuk.

time husband masuk tu aku dah start mamai. masa baby keluar dengar husband nangis dan bisik dekat telinga "baby kita dah keluar". aku cuma mampu angguk sebab mamai. kesian husband excited sorang2 time tu. hahaha!

Alhamdulillah baby selamat keluar, since dari awal tahu memang kena operate sebab tulang pelvis aku kecik tu yang perasaan nervous tu tak datang datang sampai lah selamat bersalin.

my baby mucuk.
SARALIYANA BINTI AFIQ FIKRI


tak tahu lah ikut muka siapa dia ni. sampai nurse dan doktor dekat hospital tu bergurau cakap kena buat ujian DNA ni sebab tak sama langsung baby dengan muka mama & ayahnya. entah entah tertukar anak orang lain. choii!!

takpe lah sayang... ikut muka siapa pun mama tak kesah. asalkan awak membesar dengan sihat dan jadi anak yang baik mendoakan untuk mama & ayah dekat SANA nanti pun dah bersyukur sangat sangat.

 anak cina sesat mana entah budak ni. muka tu beriya sangat tengok tv. macam dah nampak sangat ye..

si gemok masyam mama yang lahir lahir dah besar. tu pasal lah dari awal mama dah tau confirm kena operate sebab fizikal awak yang besar tu mana lepas tulang pelvis mama awak yang rendang ni sayang oii.. hihihi..

gambar kenangan terakhir sebelum discharge.

kena tahan dekat hospital 4 hari sebab bersalin operate. hari khamis 28/1/2016 petang pukul 6:30 baru boleh discharge lepas complete amik ubat cair darah yang terakhir. terima doktor dan nurse di Pusrawi Kota Damansara atas layanan baik semua.

banyak skip part bersalin sebab malas nak taip panjang panjang sebenarnya..HEHE.. next time continue lagi lah. bye!


*jangan tanya kenapa muka aku macam terbakar time mengandung. mak aku cakap itu biasa. lepas bersalin hilang sendiri. memang betul pun.. lepas je bersalin muka jadi elok balik. so takyah lah nak gelabah sangat (aku lah tuu) cari produk sana sini nak hilangkan legam tu, boleh baik sendiri lepas bersalin ok. HAHA!

Thursday, June 18, 2015

ramadhan kareem.

assalamualaikum :)

Kisah hari pertama berpuasa sebagai isteri. Tak seindah yang dibayangkan pun, sebab keadaan kesihatan yang sangat sangat teruk akhirnya menu sahur pagi tadi hanyalah secawan nestum dan kurma.

Nasib baik suami dan keluarga mertua memahami keadaan diri yang serba tak kena sejak akhir akhir ni. hampir 2 bulan tak boleh nak telan nasi. suami hari hari bagi semangat moga cepat sihat. harap harap badan ni kuat nak harungi sebulan ramadhan. cuba sedaya upaya nak puasa penuh tahun ni. doakan :)



Tuesday, June 2, 2015

mds dan morning sickness.

assalamualaikum :)

Jun datang lagi. macam biasa tiap tiap tahun bulan Jun bulan busy dengan pendaftaran pelajar pelajar asasi. Alhamdulillah tahun ni tak banyak kerenah dan masalah timbul. moga sampai ke hujung penutup minggu MDS hendaknya.

baby alhamdulillah baik baik saja. cuma tukang bawak badan dah start lemah longlai dengan morning sickness yang kuasa super saiyaaa. -.-' macam macam benda telan tak sampai 10 minit keluar balik. sungguh membazir ye..

doakan moga terus kuat.

Tuesday, May 26, 2015

double happinese.

assalamualaikum :)


 maaf faktor gambar menggelikan. sekadar kenangan. hehe c(;

Punca badan tak sihat dan susah tidur malam hampir 3 minggu. Alhamdulillah..syukur Allah bagi nikmat merasa untuk bergelar ibu. AmanahMu akan ku galas dengan sebaik baiknya.



kejutan seawal pukul 4 pagi pun bolehhh.. haha

Wednesday, April 8, 2015

disebalik tabir.

assalamualaikum :)

last entry dah janji nak sambung pasal orang-orang kuat dibelakang majlis kami kan. Nahh.. entry version malas aku bagi. haha ;p


BAJU NIKAH DAN SANDING


GOODIES


KANOPI


KATERING



PELAMIN


MAKE UP



PHOTOGRAPHER


Syukur 1 day before majlis aku masih lagi boleh datang kerja dengan senang hati sebab semuannya dah di siapkan sepenuhnya atas bantuan mereka-mereka. tinggal hulur fuluss je. hahaha. a big thanks. really recommended. sangat-sangat puas hati! :D
 
entry entry bergambar hasil kerja mereka akan menyusul kemudian. nak susun balik gambar satu satu. hehe ;P


work hard in silence, let success be your noise - Frank Ocean