Wednesday, August 27, 2014

wedding invitation.

assalamualaikum :)

minggu terakhir bulan ogos. insyaAllah, takde aral jumaat ni aku akan gerak pergi kedah dan perak dengan fyzah dan lisma attend wedding classmate.


kedah.

 perak.

2 wedding dah plan nak attend minggu ni. doakan moga perjalanan dan urusan kami pergi dan balik dipermudahkan. aminn :)



kita pilih bahagia sendiri. 

Monday, August 18, 2014

open house ex-college mate

assalamualaikum :)

last week dah janji nak update cerita open house ex-college mate kan. habis je office hours rabu last week terus gerak pergi tesco setia alam tunggu fyzah dekat sana. plan nak gerak pergi rumah fiefy dekat kajang sama sama satu kereta. so aku park kereta dekat  tesco then fyzah pick up dekat sana je.

actually dua dua tak tau jalan sebab since fiefy pindah rumah dekat kajang memang tak pernah lagi pergi melepak dekat rumah baru dia tuu, main redah je pakai waze (idea fyzah). haha

gerak dari setia alam dalam pukul6 macam tu sampai rumah fiefy tepat tepat azan magrib. kebetulan hari tu aku puasa 6, so sampai sampai je terus berbuka dekat rumah fiefy.


 
antara jemputan malam tuu.
(credit pic : fiefy)

alhamdulillah dapat jumpa balik kawan kawan kolej yang dah lama tak jumpa. rindu dengar celoteh ex-roomate. jumpa jumpa je, terusss borak tak hingatt. hehe

fiefy masak nasi hujan panas, ayam masak merah dll. alhamdulillah kenyang sangat sangat. insyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi nanti.


salam ukwah :))

Wednesday, August 13, 2014

cerita raya basi.

assalamualaikum :)

raya masuk minggu ke 2. raya tahun ni nampak macam busy sikit laa sebab kena merajinkan diri ikut mak dan abah beraya ke sana ke mari rumah sedara mara. padahal raya yang sudah sudah, duduk terperap jee dekat rumah. tahun ni kena ikut sebab kakak 2 orang dah kahwin ikut keluarga masing masing. tak ikut kang.. mak abah bebel pulak. hehe c(;

RAYA PERTAMA
tak kemana pun. duduk rumah je tunggu sedara mara dan adik beradik belah abah datang rumah.


RAYA KEDUA
balik beraya dekat kampung belah mak dekat parit 10 sekinchan. konon konon nak balik awal pagi sebab nak elak jem dekat kuala selangor, last last gerak balik pukul10 pagi jugak sebab tunggu abang ipar yang lambat sampai. sabar jelah kita yang drive ni melayan jem orang lain sedap sedap tidur dalam kereta. hehhh..

sambil sambil menunggu abang ipar sampai bergambar laa dulu. 
jenuh dik non tunggu orang ni!!

 adik bongsu. mak. adik. aku (macam sama besar jee semua. haha!)

rumah kampung kan dekat dekat je.
so raya berjalan kaki je pergi rumah sedara mara mak dekat kampung tuu.
feeling raya sangat tau! hehe ;)

 ayah ibu Hani

si kecik ni paling excited beraya. raya pertama je dia dah collect RM100++. 
over tauu Hani ni. haha!

Balik hari je Kampung Sekinchan ni sebab dekat kan.. petang lepas asar kami on the way nak balik rumah klang tuu abah ajak singgah rumah en tunang dekat Sg. Gulang-gulang Tanjong Karang dan rumah Pak Cik (Abang Abah) dekat Sg. Sembilang. Kemain banyak lagi rumah ktorang raya kan..

sampai je rumah klang dalam pukul8 macam tuu ingat boleh rehat rehat. memang tak dapat laa. abah ajak raya rumah kakak dia (Mak Ngah) pulak. pak cik jalalludin ni macam takde hari esok pulak nak beraya kan. tak ikut kang kena bebel pulak.

gambar raya dekat rumah Mak Ngah. nampak tak muka masing masing dah letih.. huhu.

RAYA KE-3 dan KE-4 ktorang duduk dekat rumah je. raya kelima aku dah start kerja then sambung balik cuti hari sabtu.


RAYA KE-6
raya keenam kami satu family + abang abang ipar pergi beraya rumah adik beradik dan kawan kawan abah.

time ni raya dekat rumah kakak abah (Mak Yah) dekat rantau panjang.
kan dah kate si kecik ni paling excited bila beraya. 
dapat duit raya pegang sendiri tak nak lepas lepas. 
Hani.. Hani.. anak buah siapa la ni kan..c(;

 
rumah kawan baik abah dekat Kg. Jawa.
rumah ni memang wajib pergi tiap tiap tahun.
buaian yang aku duduk tuu dah lama giler kot.. 
dari aku darjah 2 sampai sekarang buaian tuu masih ada lagi. 
sentimental value betul. hehe

berapa hari raya off dulu sebab dah sambung masuk kerja then rabu minggu lepas (RAYA KE-10) suhaila tiba tiba call ajak datang rumah sebab mama dia buat makan makan. aku bab bab makan ni memang tak tolak. badan jee kecik tapi selera besar okayy. hehe





mama su masak udang sambal, ayam masak lemak cili padi, telur dadar, ikan masin, sayur campur dan ulam raja. ya Allah memang sedappppppp sangat2 udang sambal dan ayam masak lemak cili padi tu! tak tipu yee. next time nak try masak sendiri resepi mama su ni :)

 bergambar dulu dengan suhaila sebelum balik. 

last but not least malam semalam (RAYA KE-16) bff sekolah forever ajak beraya. even penat kerja demi bff tersayang aku kuatkan jugak badan ni.


alhamdulillah dapat jugak jumpa walaupun tak semua ada. the best part is one of our bff dah pregnant 4 bulan first baby dia lepas 6 bulan kahwin.  Ya Allah kami happy sangat dengar berita tuu. Moga baby sihat sihat selalu aween. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi weekend ni ok dearest :))

kalau perasan baju raya tahun ni memang takde beli langsung. yang colour purple dan hitam tuu baju kerja, colour peach baju tunang hari tuu pakai balik dan baju oren tuu baju dari zaman belajar kat kolej dulu. mood nak feeling feeling raya dengan baju baru tuu takde langsung! kesian dekat diri sendiri. lalallalala~~

Oklah dah panjang sangat membebel ni. kalah bebelan abah. hehe. InsyaAllah malam ni nak sambung pergi beraya rumah bff zaman kolej pulak. tunggu next entry okay.


tak nak beriya iya raya pun, banyak jugakk rumah aku dah terjah tahun ni. hehe

Thursday, July 24, 2014

persiapan raya dan gaji pertama

assalamualaikum :)

lajuu je masa berlalu kan, hari ni dah masuk ramadhan yang ke 26. rindu nak tinggalkan ramadhan sebenarnya. moga diberi kesempatan dan peluang untuk jumpa ramadhan lagi tahun depan. insyaAllah :)

pasal persiapan raya tak banyak buat pun, mood nak raya belum datang lagi. baju raya pun orang lain yang belikan, tuan punya diri malas nak amik tahu. haha. nampak tak betapa takde moodnya nak raya.

tema baju raya tahun ni. 
dark purple + soft pink. 

payahnya lah hidup bila dikelilingi dengan orang yang sukakan warna purple ni. dah pernah bagitau dulu tak suka warna purple kan. tengok tahun ni kena pakai purple lagi. nak buat macam mana, bersyukur jela orang dah belikan kan.. tak pakai nanti kecik hati pulak. hehe.

gaji dan bonus raya dah masuk semalam. so balik kerja ni nak settle pergi bayar kereta, beli stock supplement bulanan dan bayar hutang mara. settle semua tuu baru baki dia boleh guna sikit untuk belanja raya.

semalam punya cerita pergi berbuka puasa dengan suhaila.

selfie dulu sebelum makan, itu wajibbbb.. c(;

 as usual western food jadi pilihan sebab aku memang peminat tegar spaghetti dan suhaila pulak peminat chicken chop. kami sekepala bab2 makan ni!
 
kitaorang berbuka dekat Pak Hailam Kopitiam Tesco Puncak Alam. Memang saja cari tempat berbuka dekat2 malas nak pergi jauh2 sebab nak solat senang, nak balik rumah lagiiii lah senang. hihihi

muka lepas kekenyangan. hehe ;D

Alhamdulillah kenyang dan sedap. puas hati sangat2!. suhaila beriya2 sangat nak belanja. orang baru habis belajar, nakk sangat kita merasa gaji pertama dia katanya. tqvm dear..


korea time!

Thursday, July 17, 2014

❤ satu tujuh


17 May 2014 - 17 July 2014
2 Months


rasa macam baru kenal,
padahal bertahun tahun selama ni,
depan mata je kot.. ehehe,
InsyaAllah hati yakin semua ketentuan Allah.
Alhamdulillah.. terima kasih
:)





Ikhlas dari,
Tunang awak yang sewel c(;