Monday, July 14, 2014

cerita ramadhan.

assalamualaikum :)

masuk ramadhan hari ke-16. sekejaaapp je masa berlalu kan. rasa macam baru mula merasa ramadhan hari pertama. tak banyak cerita nak dikongsi sepanjang ramadhan tahun ni. ramadhan minggu pertama berbuka puasa dengan family en tunang. gambar berbuka takde sebab tak ingat langsung nak amik, cuma ingat nak makan je. hahaha. yang ade pun gambar tolong bakal umi mertua kemas rumah lepas sahur ramadhan ke-7. 'rajin' sangat bakal menantu umi ni kan.. muntah hijau! ;p


kat rumah tak pernah pun buat semua ni. maklum la adik beradik perempuan ramai. bila sorang nak buat, masing masing berebut nak buat. kan dah terkial-kial tak pandai nak pasang. en tunang amik gambar ni, motif nak membahan. hampeh! huhu

minggu ke-2 puasa ramadhan ke-13 sahabat dunia akhirat ajak buka puasa sama sama. AGAIN cik siti hamizah ni lupaaa lagi nak amik gambar dari phone fyzah. yang ada gambar dekat phone sendiri a.k.a gambar syok sendiri.

kan dah cakap gambar syok sendiri. alahaii.. 

actually plan asal fyzah nak ajak makan steamboat. tapi fikir fikir balik makan steamboat berdua memang tak syok. steamboat ni kena makan ramai ramai baru feel. at the end decide makan western food je dekat pakli kopitiam setia alam.

terima kasih sahabat dunia akhirat sudi belanja. moga dipanjangkan umur dan sentiasa dilimpahkan dengan rezeki yang barakah dear ;)

insyaAllah minggu ni turn family en tunang datang berbuka dekat rumah aku. nak masak apa takde idea lagi. tengoklah kalau rajin aku masak, kalau tak.. bazar ramadhan lah jawabnya. pemalas punya bakal menantu. hahaha.


lepas satu satu. dugaan.. 

Thursday, July 3, 2014

rezeki ramadhan

assalamualaikum.

ramadhan masuk hari ke-5. sekejap je masa berlalu. alhamdulillah tahun ni ramadhan bersama dengan orang orang tersayang. abang ipar baru, baby baru, en tunang dan yang paling penting takde dengar lagi suara volume kuat di rumah SETAKAT NI. hope so berterusan sampai akhir ramadhan.

 abg ipar baru, abang lang :)

baby baru, Hani Ziazara :)

En tunang, ehh.. family en tunang. hehe ;p

dan yang paling penting rezeki sebab dapat kenaikan pangkat kerja bulan ramadhan ni. Ya Allah syukur yang mampu terucap sekarang ni. moga aku tak lalai dengan nikmat yang diberi :)

doakan kesejahteraan ni berterusan insyaAllah, Aminn.

Thursday, June 5, 2014

sharing.

assalamualaikum :)

pembuka bulan jun dimulakan dengan minggu pendaftaran pelajar asasi 2014. alhamdulillah, masih dipinjamkan kekuatan dan kesihatan untuk terus menghirup udara dibumi Allah :)

sabtu lepas pergi kenduri kawan baik dunia akhirat dan malam tuu terus gerak balik kampung dekat sekinchan untuk kenduri tahlil. actually bukan nak cerita pasal pendaftaran atau kenduri. tapi nak kongsi cerita pasal mana-mana pergi sekarang semua orang dah mula tegur muka dah semakin baik. Alhamdulillah, seronok dengar. perempuan mana yang tak suka kan dengar macam tuu.

reason paling utama kenapa excited terlebih bila orang tegur macam tu, sebab 3 bulan lepas aku tersalah guna produk muka sampai muka jadi teruk sangat sangat. mana-mana pergi mesti orang nak tegur. kadang-kadang tu sampai rasa nak menangis bila orang tanya kenapa muka jadi teruk sampai macam tuu sekali. sampai tahap malas nak layan, bila orang tanya senyum jela yang mampu, tapi dalam hati rasa nak tampar tampar je muka orang yang banyak sangat mulut nak bertanya ni.


tak percaya sila tengok, terang lagi nyata okay!

tak dinafikan, memang sebelum ni pun muka aku memang ade masalah jerawat. tapi tak pernah sampai tahap keluar ketul ketul besar macam jerawat batu dekat atas tu. sumpah takut giler muka berparut dalam bila jerawat tu naik besar-besar.

macam-macam produk muka try, tapi kesan sementara je. sampailah satu hari tu jumpa balik dengan one of my ex-practical training student suhaila nama dia.

yang pakai baju biru tuu suhaila. my ex-practical training student dari politeknik shah alam. see jerawat dekat dahi masih nampak dengan jelas walaupun guna camera 360. hahaha!

mula-mula jumpa dia pun terkejut tengok muka aku yang dah macam tar jalan ni. then suhaila suggest pakai satu produk dari klinik nama produk tu Dalacin T. awalnya macam tak yakin, tapi tawakal jela. 

orang lain pakai 1 botol boleh tahan 3 bulan, aku pakai sebulan sampai 2 botol. ni kes trauma tengok jerawat besar besar dekat muka. haha!

 jerawat mula kering dan susut, tapi parut yang dalam nampak berlekuk! :(

produk ni memang bagus untuk mengeringkan jerawat. tapi ada masalah bila guna dalacin t je sebab bila guna produk ni jerawat kering dalam masa yang sama muka jadi kering jugak. kulit yang kering mudah merengsa gatal-gatal dan mengalakkan jerawat baru tumbuh. so aku amik alternatif lain pakai dalacin t dalam masa yang sama consume vitamin c dan e untuk rawat kulit dari dalam.

aku amik 21st century E-400 with grape seed oil + flavettes vit c. 
alhamdulillah, setakat ni serasi dengan kulit :)

tak salah nak consume supplement, tapi kena dengan cara yang betul. kandungan vit c yang sesuai untuk badan actually 500mg je sehari. tapi disebabkan nak rawat jerawat yang mengganas dekat muka ni aku amik vitamin c dengan kandungan 1000mg. makan 2 biji sehari pagi dan malam. syarat dia kena minum air yang sangatttttt banyak.


sehari aku amik 2.0 liter air. gigih lah berulang alik ke toilet tiap tiap hari dekat office.

nak baik terus muka bukan boleh sehari dua. aku consume 3 benda dekat atas tu since bulan 2 sampai lah sekarang. parut masih ada tapi jerawat tu dah susah sangat nak tumbuh sekarang ni. tumbuh pun kecil kecil je time period. normal la kan.

dalam masa yang sama hari-hari terpakse merajinkan diri bermasker sebelum tidur sebab gigih nak hilangkan kesan-kesan hitam + nak sekata kan warna kulit yang bercampuk campuk kesan jerawat teruk. 

 bermasker dengan yoghurt asli dutch lady setiap hari sebelum tidur :)

sebelum beli, make sure yoghurt tu takde kandungan gula. hari tu beli yoghurt asli jenama anlene. memang asli tapi sayangnya ada kandungan gula. so bila letak dekat muka memang rasa nak best!


sila fokus pada dahi yang jendul dan pipi gemok yang bercampuk campuk dengan kesan jerawat! hahaha :P
takde makeup langsung, memang aku berani mati pergi kerja dengan muka togel macam ni.

lepas 3 bulan jerawat dekat dahi dah tak tumbuh lagi. senang nak sujud time solat. hehe. kesan-kesan jerawat yang hitam-hitam dekat pipi tuu on the way nak baik. kalau boleh memang tak nak langsung make up tebal tebal time nikah nanti. harap sangat before majlis nanti muka dah fully recover. 

kali ni memang entry panjang berjela. tak kesah la orang nak baca ke tak. yang penting entry ni cuma nak membantu orang orang dekat luar sana yang ada masalah sama dengan aku. berkongsi ilmu dan pengalaman tak salah kan. moral of the story please please please before beli apa apa produk make sure cek dulu betul betul kandungan produk tu.  tolong jangan jadi mangsa produk macam aku. hehe. okay lah until next entry :)

3 bulan lagi aku update muka baru. promise! :) 

alhamdulillah, 5 bulan. xoxo

Friday, May 23, 2014

3 dalam 1

assalamualaikum :)


entry pertama bulan mei. lama tak update entry baru.


jumaat malam sehari sebelum majlis. konon konon tak nak keluar sebab sibuk banyakkk lagi kerja yang tak selesai. kawan kawan sanggup kumpul datang rumah semata mata nak jumpa. terharu la pulak. last2 termakan pujuk, keluar jugak akhirnya. makan borak lepak sampai pukul11:30malam. sampai rumah badan dah letih, tapi tak boleh tidur. kena selesaikan jugak kalau tak esok pagi mesti kelam kabut.

pukul2:30 pagi baru lah dapat tidur. mengantok tak payah cakap la, lepas subuh jangan mimpi nak tidur balik terus kena kemas rumah dan tolong2 sedara mara masak2 dekat dapur.

majlis belah pagi

selesai majlis nikah pagi tu sambung pulak kemas ruang tamu untuk majlis belah petang dan pagi ahad.

 majlis belah petang.
 
majlis pagi ahad

selesai semua majlis. complete 3 in 1. so abah dan mak dapat bakal menantu, menantu & cucu sulung. hehe.
=)


alhamdulillah, bahagia :)

Friday, April 4, 2014

nilai 3

assalamualaikum :)

salam jumaat. akhirnya hari yang di tunggu tunggu datang jugak! esok sabtu ade janji dengan umi nak ke gemas negeri sembilan tengok kawan kahwin. dah alang2 sampai sana umi ajak cuci cuci mata dekat nilai 3! :)

lama sangat rasenya tak pergi sana. last sampai sana masa zaman belajar dekat kolej. lepas je habis belajar memang tak jejak dahh kaki ke sana.

nilai 3, surga shopping! :D


tak sabar nak jumpa umi esok!